Sunday 31 July 2016

**Babak 11**

“Mengapa sulit mengaku cinta, padahal ia ada”                               *tweet sent*
Hari minggu yang bosan. Ingin saja Aisya balik ke Kuantan menjenguk nek Ani. Rindu bukan kepalang. Apakan daya Aifaa sedang sibuk mengendali majlis yang besar. Terpaksalah dia hanya duduk di rumah. Menghabiskan hari minggu nya dengan aktiviti yang sama, bertweet.

“amboi pagi2 dah jiwang, ada apa dengan cinta ke? Hahaha”    *tweet received.
Macam biasa, Nazmi tidak pernah ketinggalan untuk membalas semua tweet Aisya. Tak kiralah sama ada sedih atau tweet kosong sahaja.

“hahaha! Takdelah. Lirik lagu je tu. Bosan kan hujung minggu, hadap twitter je lah”      *tweet sent*
“Ohh, tak gi jenjalan ke?”           *tweet received*
“tak. Kakak ada kerja. Mereput aje lah kat rumah”         *tweet sent*

*incomig message from twitter*
“Assalamualaikum Aisy :D kita dari awal kenal asyik berbalas tweet je kan? Tak pernah dm ke minta no ke”                      *message received*
“waalaikumsalam. Hahaha! Haah kan? Baru Aisy perasan. Hihi takpe takpe ni tengah dm lah ni :P”        *message sent*
“hahaha! Yaalahh. Ni saya nak tanya, Aisy ada masalah ke? 2-3 hari ni nampak lain je tweet-tweet Aisy. Kalau ada masalah, share lah. Mana tahu saya boleh tolong?”          *message received*
“Ish. Mana ada. Aisy okey saja. Saja nak tweet yang pelik-pelik 2-3 hari ni. Cari mood sedih sikit. Asyik happy saja. Hahaha!                *tweet sent*

Walhal saat itu, ingin saja dia menangis melepaskan rasa. Rasa yang terpendam. Rasa yang tersimpan. Rasa yang terbuku. Namun, dia tidak mahu membebani orang yang baru mengenainya. Lagipun, Nazmi masih bukan sesiapa buat Aisya. Takkan sekejap itu dia boleh menceritakan tentang peribadinya.

“Betul ni okey? Hehe. Kalau tak, saya boleh tolong okey kan.” *message received*
“hahaha iyee pakcik. Aisy okey. Masalah kat kolej je haa”          *message sent*

Maka seharian masa Aisya berbalas direct message dengan Nazmi di twitter. Nazmi pula senang tika bersama Aisya. Nazmi bukannya seorang yang mudah rapat dengan mana-mana perempuan. Rupanya ada, mungkin kerana sifatnya yang pemalu untuk memulakan bicara menjadikan dia masih seorang yang solo. Pertama kali melihat gambar Aisya di Twitter membuatkan dia ingin rapat. Sosok matanya tidak berkedip melihat gadis genit itu berposing. Senyumannya, barisan gigi yang tersusun rapi, mata Aisya yang memukau membuatkan rasa jantannya menggolak naik. Hanya bersandarkan iman yang utuh, dia masih mampu mengawal nafsu hatinya. Nazmi akhirnya menebalkan muka meminta nombor telefon Aisya. Malunya bukan kepalang padahal ianya hanya perkara normal meminta nombor telefon daripada seorang kawan.

“Awak, kita text yaa? Saya dah nak off twitter ni”           *message sent*
“Haa. Okey Aisya. Take care”     *message received*


Ya, begitulah hari-hari mereka berakhir. Nazmi tahu Aisya tidak akan membalas lagi mesej whatsapp dihantarnya kerana mungkin dia punyai keutamaan lain. Pada pengakhiran mesej Nazmi sengaja dan selalu menitik beratkan ucapan Take Care kepada Aisya. Baginya, ucapan sebegitu juga merupakan doanya untuk Aisya agar diri Aisya sentiasa selamat walau dimana sahaja.