Tuesday 4 October 2016

**Babak 13**
“feeling used, but im still me missing you”               *tweet sent*
Tweet dilontarkan. Sengaja Aisya ingin Rauf membaca tweetnya sebegitu berharap agar Rauf faham akan dirnya juga merindukan Rauf. Aisya mungkin diam, dalam diam Aisya, ada Rauf yang memahami bahasanya. Hal itu yang membuatkan Rauf mudah untuk berkomunikasi walaupun Aisya diam beribu bahasa. Mungkin kepakaran itu membuatkan salah satu sebab Aisya jatuh cinta akan Rauf. Bagi Aisya, dirinya tidak pandai untuk mengeluarkan patah perkataan yang terselindung di balik jiwa. Ekpresi dia hanya bentuk kata-kata. Untuk mengatakan hal yang sebenar, dia rela memendam rasa, biarlah dia seorang yang tahu, rasa sakit itu.

“rindu saya whatsapp je. Hahaha”     *tweet from Nazmi*
“hahahha ohh perasannya dia”          *tweet sent”

Tanpa Aisya sedar, terdapat sepasang mata yang memerhati. Memerhati dengan api cemburu. Ya, Rauf tahu Aisya ramai yang mengejar, tapi mengapa dengan mamat ni bukan main rapatnya?, dengus hatinya. Siapa dia ni? Kawan Aisy ke? Tak mungkin. Kawan dia semua aku kenal. Kawan kat kampung, takkan lah sebab tak panggil Aisy.
Laju jari Rauf membuka profile Nazmi untuk mencari tahu siapa Khairul Nazmi. Semakin jauh jari Rauf mencari, semakin sakit hatinya dengan membaca tweet reply dia dan Aisya. Rapat bukan main. “Dengan aku takde pun nak berbalas macam ni”, gerutu hatinya.

“Assalamualaikum bro. Tanya sikit boleh?” *direct message sent*
“waalaikumsalam. Ye sape ni?”
“tak perlu tahu sape aku. Aku cuma nak kau pasak dalam kepala kau yang jgn berani sgt nak rapat dgn tunangan org”
“maksud kau ap bro? Aku kaco tunang kau ke?”
“Aisya Sofeya . she’s mine. Kami akan berkahwin hujung tahun ni. Maaf bro, org kata jodoh tak kemana, tapi aku berusaha menjaga jodoh ni agar hanya dia jodoh aku yang satu”
“selagi tak terlafaz aku terima nikahnya, dia masih boleh menjadi jodoh yang hanya Allah yang Satu. Bukan kau. Kalau betul lah begitu sayangnya kau pada dia, mengapa membiarkan saat dia perlukan sesorang untuk terangi gelap hari dia? Untuk temani lantunan bicara dan rungutan? Mana kau?


Berdesup menggeladak lahar di dada Rauf membaca kata-kata pedas membara Nazmi. Mahu saja dia mencari pemuda itu dan “menghadiahkan” satu tumbukan kenangan di muka Nazmi. Namun, hanya kesabaran yang menyenangkan hati si jejaka tiap ini. Berharapkan penjelasan dari si gadis yang tiada masa untuknya berbiara tentang hati, tentang egonya. Buntu! Keliru! Permainan kah ini? Game apa yang harus aku lalui untuk temui jalan akhir?

Monday 1 August 2016

**Babak 12**

“Good morning dan selamat pagi dunia dan seisinya. Moga dipermudahkan segala urusannya harini. Hai class”  *tweet sent*

Memulakan pagi di hari isnin adalah perkara yang paling berat buat Aisya. Mungkin masih terjebak dengan keselesaan berselimut dirumah. Huahuahua. Apa pun, dia terus bangkitkan diri dan bersiap untuk ke kelas. Padanan skirt labuh bewarna nude dan kemeja putih menjadi pilihan Aisya pada hari itu. Ringkas. Tetapi tetap nampak kemanisan seorang dara. Rambut yang masih basah dilepaskan untuk dikeringkan secara semula jadi katanya.

“Selamat pagi Aisya Sofeya Liu”            *whatsapp received*
Sangkanya Rauf Iskandar yang mengirimnya. Bukan. Aisya mendengus sebentar. Sudah putus asa kah Rauf untuk menagih cintanya? Sudah berubahkan hati sang pria untuk puterinya? Lamunan Aisya semakin meninggi. Setinggi cakaran dilangit. Persoalan yang tiada jawapan, dek kerana ego, dia hanya membiarkan sang pria terkapai mencari jawapan lamaran yag tiak berpenghujung.

“Selamat pagi Khairul Nazmi J”            *whatsapp sent*
“hihi ada kelas tak harini? Thanks to you Aisya”        *whatsapp received*
“ehh? Kenapa? Apa yang saya buat sampai awak berterima kasih ni?       *whatsapp sent*
“sebab awak kejutkan saya bangun subuh dengan menge”like” semua tweet saya. Hahahha”   *bluetick*

“Selamat pagi sunshine, aku aturkan doa semerah mawar, sejernih kasih untukmu selalu. Diri memohon maaf atas segala keterlanjuran bicara dan perbuatan. Diri amat merindukan kasih dambaan mata hati. Moga hari-harimu tenang disana sayang. Jangan lupa makan. Take your medicine in every 6 hours. Take care. Minum air cukup. Sekarang musim panas. Habis kelas nanti minta anga pick up. Kalau sibuk, saya akan pick up. Saya tak nak awak balik sorang. Bahaya.”      *message received*
Mana taknya, Aisya telah mem”block” dia di whatsapp. Hanya mesej biasa dapat dia hantar, itu pun tidak tahu sama ada Aisya membacanya atau tidak. Rindu. Rindu tidak berbilang masa. Aisya, tegarnya kau biarkan aku sebegini keadaan. Apa yang mengganggu benak hati mu? Adakah diri aku yang tidak sempurna? Keluhan kecil dilepaskan. Malas lagi bermain dengan perasaan dia sendiri lemas. Rauf mengatur langkah ke butik Aifaa. Mungkin kakak Aisya bisa memahami hati adiknya, dan dia juga. Dia berharap.

************************************
“Assalamualaikum anga, anga kat mana? Auf nak jumpa sebentar boleh?”
“waalaikumsalam. Kebetulan anga kat ofis je ni. Datang je lah”

Fuhh. Nasib baik. Kalau tidak, payah juga nak jumpa si wedding planner ni. Maklumlah, design Aifaa sangat unik. Hingga pesona si pelanggan membelit mata memilih tema untuk majlis di hari bahagia mereka.

“Assalamualaikum. Cik Aifaa ada?’’
“waalaikumsalam ada. Encik ada buat appoinment ke?
“ahahaha. Tak. Saya rauf, adik ipar dia. Tak perlu appoinment kot”
“ohh. Hehe sebentar yaa encik saya panggilkan. Sila duduk”
******

“haa Auf. Kok ngoroi-ngoroi mau jumpa sik aku?”
“hahaha. Ndak si aku tumbeng lewat ka kadong sini”
“hahahaha ohh. Dah makan? Jom join anga lunch ngn iman”
“takpa anga. Auf singgah kejap ni ada hal nak personal ngn anga”
“knp?”
“pasal Aisya anga. Macam ni lah, saya terus terang je ok. Saya, nak lamar adik anga. Sebagai suri cendera jiwa saya. Hidup saya, separuh nafas saya anga. Saya ikhlas nak ambil dia jadi isteri saya. Mama, papa semua setuju dan minta percepatkan. Saya datang nak bgtahu anga, mama papa nk jumpa along anga untuk merisik”

Melopong sebentar Aifaa. Terkejut dengan patah sahaja Rauf untuk merisik adiknya, Aisya. Baginya, itu keputusan yang besar dan hanya kegagahan naluri sahaja mampu membuatkan Aifaa senyum waktu itu.
“macam ni lah Auf, soal tu, anga kena bincang dgn along dulu. Along tu anak sulung. Dia ketua kami adik-beradik. Nanti bila dah ada kata sepakat, anga bagitahu Auf yaa”
“baiklah anga. Saya minta maaf anga, datang2 terus cakap macam ni. Tak bermaksud nak bebankan diri anga dengan kerja lagi. Saya faham. Saya cuma nak anga tahu, sy ikhlas nakkan Aisya. Saya sanggup jaga dia anga. Sakit dia, perubatan dia saya sanggup tanggung. Lagipun mama papa dah berkenan dengan Aisya.”
“bukan masalah itu Auf. Anga along ni kan, kalau boleh tak nak kamu yang menanggung. Bukanlah nak kata kamu tak mampu, anga tahu kamu mampu. Cuma kami tak mahu orang kata lari tanggungjawab. Serahkan adik dgn keadaan tidak sihat macam tu. Biarlah dia sembuh dulu. Baru kami ikhlas lepaskan dia. Lagi satu, along nak sangat adik tu belajar sampai peringkat master. Kamu rasa along akan bagi ke? Nanti kamu berkahwin, Aisya sudah semestinya akan duduk dirumah sahaja kan?”
Rauf mengaku. Ada benarnya kata-kata anga. Mungkin dia yang terburu-buru untuk ikat hubungan ni. Baginya, dia tidak akan menyekat Aisya untuk teruskan belajar, tapi bila difikirkan balik, bagai mana kalau Aisya mengandung kelak? Lagikan sulit untuk diri Aisya menumpukan sepenuhnya.
“hmm. Betul jugak kata anga tu. Tapi saya akan pastikan Aisya tetap habiskan pelajaran dia anga. Soal perubatan, anga janganlah risau. Saya mampu anga. Tak perlu anga pedulikan kata2 orang. Tak apalah anga, saya cuba fikir sedalamnya kata-kata anga. By the way, Aisya sihat? Auf mesej tak reply. Call tak angkat. Merajuk ngah. Hahaha”
“hahaha itulah kamu. Haa ni tak kawen lagi dah ngadu merajuk bagai. Kawen nanti? “
“kawen nanti senang ngah. Saya peluk je dia. Dia nak marah ke nak apa ke, snang. Dah HAAALAAAALLLL” kata Rauf disambung dengan ketawa besar.
“hahaha pandailah kamu, nak ikut anga lunch tak ni?”
“tak mahu lah ngah. Ikut anga dating ngan abg iman tu. Kacau daun pulak sy ni kan. Hahaha. Anga, kalau Aisya call, cakap anga sibuk tau. Pastu cakap anga dah suruh saya pick up dia dari kolej”, hujah Rauf mengenyitkan mata.
“mau nya aku sekongkol udeng sik kau? Ndak mau lu”
“alo nge ngak solu kok. Bisa ya”
“yaa   yaa. Nanti aku si bilang sama ia”

“hehe. Okey ngah. Saya minta diri dulu yaa. Terima kasih anga”

Sunday 31 July 2016

**Babak 11**

“Mengapa sulit mengaku cinta, padahal ia ada”                               *tweet sent*
Hari minggu yang bosan. Ingin saja Aisya balik ke Kuantan menjenguk nek Ani. Rindu bukan kepalang. Apakan daya Aifaa sedang sibuk mengendali majlis yang besar. Terpaksalah dia hanya duduk di rumah. Menghabiskan hari minggu nya dengan aktiviti yang sama, bertweet.

“amboi pagi2 dah jiwang, ada apa dengan cinta ke? Hahaha”    *tweet received.
Macam biasa, Nazmi tidak pernah ketinggalan untuk membalas semua tweet Aisya. Tak kiralah sama ada sedih atau tweet kosong sahaja.

“hahaha! Takdelah. Lirik lagu je tu. Bosan kan hujung minggu, hadap twitter je lah”      *tweet sent*
“Ohh, tak gi jenjalan ke?”           *tweet received*
“tak. Kakak ada kerja. Mereput aje lah kat rumah”         *tweet sent*

*incomig message from twitter*
“Assalamualaikum Aisy :D kita dari awal kenal asyik berbalas tweet je kan? Tak pernah dm ke minta no ke”                      *message received*
“waalaikumsalam. Hahaha! Haah kan? Baru Aisy perasan. Hihi takpe takpe ni tengah dm lah ni :P”        *message sent*
“hahaha! Yaalahh. Ni saya nak tanya, Aisy ada masalah ke? 2-3 hari ni nampak lain je tweet-tweet Aisy. Kalau ada masalah, share lah. Mana tahu saya boleh tolong?”          *message received*
“Ish. Mana ada. Aisy okey saja. Saja nak tweet yang pelik-pelik 2-3 hari ni. Cari mood sedih sikit. Asyik happy saja. Hahaha!                *tweet sent*

Walhal saat itu, ingin saja dia menangis melepaskan rasa. Rasa yang terpendam. Rasa yang tersimpan. Rasa yang terbuku. Namun, dia tidak mahu membebani orang yang baru mengenainya. Lagipun, Nazmi masih bukan sesiapa buat Aisya. Takkan sekejap itu dia boleh menceritakan tentang peribadinya.

“Betul ni okey? Hehe. Kalau tak, saya boleh tolong okey kan.” *message received*
“hahaha iyee pakcik. Aisy okey. Masalah kat kolej je haa”          *message sent*

Maka seharian masa Aisya berbalas direct message dengan Nazmi di twitter. Nazmi pula senang tika bersama Aisya. Nazmi bukannya seorang yang mudah rapat dengan mana-mana perempuan. Rupanya ada, mungkin kerana sifatnya yang pemalu untuk memulakan bicara menjadikan dia masih seorang yang solo. Pertama kali melihat gambar Aisya di Twitter membuatkan dia ingin rapat. Sosok matanya tidak berkedip melihat gadis genit itu berposing. Senyumannya, barisan gigi yang tersusun rapi, mata Aisya yang memukau membuatkan rasa jantannya menggolak naik. Hanya bersandarkan iman yang utuh, dia masih mampu mengawal nafsu hatinya. Nazmi akhirnya menebalkan muka meminta nombor telefon Aisya. Malunya bukan kepalang padahal ianya hanya perkara normal meminta nombor telefon daripada seorang kawan.

“Awak, kita text yaa? Saya dah nak off twitter ni”           *message sent*
“Haa. Okey Aisya. Take care”     *message received*


Ya, begitulah hari-hari mereka berakhir. Nazmi tahu Aisya tidak akan membalas lagi mesej whatsapp dihantarnya kerana mungkin dia punyai keutamaan lain. Pada pengakhiran mesej Nazmi sengaja dan selalu menitik beratkan ucapan Take Care kepada Aisya. Baginya, ucapan sebegitu juga merupakan doanya untuk Aisya agar diri Aisya sentiasa selamat walau dimana sahaja.

Wednesday 18 May 2016

**Babak 10**

“no mood. Mohon jangan kacau lagi please. Leave me alone”  *tweet sent*

Aisya disapa kemarau. Kemarau hati yang merekah. Jawapan apakah istikarah 7 harinya diberi? Jawapan demi jawpan, carian demi carian, masih lagi tiada kata putus. Masih lagi tergantung. Adakah benar dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada umur 20 tahun? Adakah benar dirinya sudah siap memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik? Bagaimana dengan along dan angah? Sedangkan angah pun belum berkahwin. Takkan dia mahu melangkah bendul begitu sahaja? Tidak menghormati kakaknya yang masih lagi bertunang, sedangkan dia sudah dilamar untuk perkahwinan! Suatu niat yang besar dan dia tidak boleh hanya mengambil keputusan ibarat melepaskan batuk di tangga. Hampir 5 hari Aisya menyendiri dari Rauf, call tak diangkat, mesej tak di reply, Rauf cuba datang ke rumah, ke kolej untuk bertemu dengan Aisya. Namun, segalanya hampa. Aisya semakin menjauh darinya. Ya, amat jauh. Bahkan Aisya juga telah block whatsapp darinya. Mengapa sulit sekali untuk mengenali diri sebenar Aisya? Kenapa kelihatannya dia gembira padahal hati penuh berkaca, rapuh dek masa melukai. Adakah lamarannya telah menyakiti Aisya? Tak mungkin. Bukankah Aisya juga mencintainya? Bingung. Rauf bingung sendiri. Fikiran melayang, kerja di meja tidak dihiraukan. Sekeping mesej dihantar kepada Aisya ;


“Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu
Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu
Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu
Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu
Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…”       *message delivered*


Mungkin Rauf agak mendesak Aisya untuk memberi keputusan dengan segera. Tak mengapalah. Hati lelakinya masih mampu untuk bersabar. Kerana cinta, dia sanggup. Kerana Aisya Sofeya. Hanya Aisya Sofeya. Dia tidak mahu yang lain, jauh sekali untuk curang kepada nya. “Jika benar dia jodohku ya Rabb, dekatkanlah kami dengan cara halal”, doa hati kecilnya.

Aisya membaca mesej Rauf. Satu persatu diamati. Tidak ada patah perkataan pun yang tinggal. Sungguh, dia tidak tenang. Tidak tenang memikirkan hati dan perasaan sendiri. Dia amat menyayangi Rauf, tapi mengapa lidahnya kelu untuk berkata “ya” akan lamaran Rauf. Mengapa istikarahnya masih lagi tergantung? Jawapan yang hanya Tuhan yang Satu mengetahuinya. Dia tidak akan persoalkan takdir yang dah tertulis oleh-Nya, namun tetap menempuh berharap agar kekuatan yang terbina menjadi benteng buatnya kemudian hari. 

Tuesday 17 May 2016

**Babak 9**
“Dinner with him <3”     *tweet sent*
Sekeping gambar selfie dimuat naik oleh Aisya ke laman sosial. Padanan gaun labuh biru laut beserta tas tangan bewarna putih menaikkan lagi seri malam romantik pada malam itu. Melopong mata Rauf saat sekilas menjeling ke arah Aisya. Cantik sungguh puteri kayangan, sekilas mata memandang, hati lelakinya diusik rasa yang manis bak mawar yang mekar ditasik biru. Dirinya tersenyum puas, kerana dapat memiliki seorang gadis yang manis dimuka, dan manis peribadinya. Alangkah lagi cantik jika Aisya bertudung, bisik hatinya. Namun jauh di sudut hati, Rauf berdoa agar dibuka pintu hati Aisya untuk menutup aurat sepenuhnya. Moga pintu nurani Aisya masih lagi terbuka luas untuk menerima sehambaran cahaya dari Ilahi. Memakai tudung itu adalah tidak wajib, tetapi, menutup aurat itu adalah tunutuan yang wajib atas seorang muslimah setelah dirinya sudah mencapai tahap baligh. Rauf yakin Aisya juga tahu dan mahir tentangnya.

“Biy? Kenapa diam?”, Aisya memulakan perbualan
“takde apa, perhatikan seorang bidadari cantik. Harini dia pakai dress biru tau, you nampak tak?”
“mana? Mana? Tak nampaklah” perli Aisya dalam tawa.
“amboi... kita cakap pasal dia, dia tanya pulak sapa. Sekeh kepala baru tahu. Hehehe!”, seraya Rauf berjenaka, menghiburkan kekasih hati yang amat dirindui.

************************************************
“sayang.. close your eyes for a while”
“what for? Malu lah. Nanti terlanggar katak ke lipas ke lipan ke haaa! Ular ke? Tak nak tak nak tak nak!”
“hahaha! Sayang, setiap langkah you, i’ll take care of it. Langkah you, langkah seorang bidadari. And I won’t let your every single step goes wrong, my angel”
Mendengar kata manis Rauf, tanpa rasa ragu Aisya menutup mata dan memegang baju Rauf sebagai petunjuk.
“Okay... we are here. Don’t open your eyes now my angel”
“Alaaa.. you bawa I gi mana ni? Cepat lah I takut gelap”
“gelap? Macam tu lah I tanpa you sayang”, pujuk Rauf. Dia ingin mengambil masa untuk bertenang sebelum beritahu hasrat nya kepada Aisya.

Rauf mengatur langkah ke arah piano. Menyanyikan sebuah lagu sebagai permulaan malam yang bakal gilang gemilang nanti.
Semenjak kau hadir dalam hidupku,
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku,
Tanpa sedari hingga ku izinkan.
Kau yang bernama cinta,
Kau yang memberi rasa,
Kau yang ilhamkan bahagia hingga aku rasa indah”

Aisya Sofeya Armin Liu, nama seindah rupa, menarik mata yang menggoda. Sayang, andai diberi nafas satu saat, mata berkedip satu kali, hanya satu ingin aku keluarkan dari hati. Namamu, cintaku, Aisya Sofeya. Kalau pun hembusan angin itu menyenangkan, aku tetap pilih kamu, kalau pun syurga itu indah, aku tetap pilih kamu dan kalau pun waktu itu adalah nyawa, aku akan tetap pilih kamu. Dan sekarang, kamu nampak kan? Betapa besarnya kamu dalam aku......”
“Aisya Sofeya binti Armin Liu, bersaksikan mama, papa, adik-adik, langit, bulan dan bintang, Malaikat, Dan Allah yang Satu, sudikah kiranya Aisya menerima lamaran sekerdil insan ini sebagai pemimpin, ketua, dan cenderajiwa terindah Aisya untuk ke Syurga Allah kelak?”

Demi Allah yang Esa, dengan serta merta Aisya membuka penutup matanya, lihat disekeliling. Pemandangan yang sangat cantik dan romantik. Bunga tulip kegemarannya mengelilingi bersama deruan air yang tenang di tepi tasik, cahaya lampu malap mengelilingi Aisya, bagai turunnya seorang bidadari dari langit untuk menjemput putera untuk kembali ke kayangan. Gambar kenangan mereka berdua di gantung indah bersama bunga mawar yang tersergam kembang. Sungguh, Aisya ibarat seorang permaisuri di atas teratak yang berwarna cinta. Airmata mencurah dek terharu, ke semua saksi tunduk menunggu jawapan dari Aisya. Apa lagi mahu dikhabarkan? Diri nya sudah kaku. Tidak mampu berkata walaupun melahirkan suaranya sendiri. Hanya air mata sebagai jawapan untuk lamaran Rauf Iskandar. Tidak tahu antara setuju atau sebaliknya, mama menghampiri Aisya lalu memeluk Aisya. Makin deras laluan air sungai di pipi Aisya. Sudah lama dia tidak dapat pelukan seorang ibu. Sungguh, dalam gusar ada tenangnya.

Monday 16 May 2016

**Babak 8**

“Sudahi apa yang kau lakukan sayang. Bukan maaf aku pinta, hanya kata yakin aku harapkan” *tweet sent*

Seminggu meninggalkan Rauf sendiri. Meskipun hatinya masih marah, namun apakan daya kerna sayang, rindu dendam mengatasi nafsu amarahnya. Betullah apa kata orang, semarah-marah mana pun kita pada orang yang disayang, terpadam jua dek rindu. Sengaja Aisya tweet sebegitu untuk menarik perhatian Rauf membacanya. Aisya tahu akaun twitternya telah di favourite kan oleh Rauf, jadi sebarang tweet yang dihantar Aisya pasti naik ke notifikasi telefonnya. Girang hati sang puteri apabila nama jejaka idaman naik di notifikasi whatsappnya. Sepantas jari menekan membuka, meneliti maksud mesej disampaikan. Seketika, bergenang air mata mata mengekori mesej dibaca, hati berdegup diikuti resah yang hanya dia dan Penciptanya saja mengetahuinya.

“biarkan angin bicara
menghembus nafas cinta
menyentuh rongga jiwa
merawat hati luka
linangan air mata berkalung bunga doa
lepaslah semua lelah bahagia kau disana
biarkan mimpi indah menghapus air mata
membelai semua lara agar ku bisa tuk melangkah
kau lepaskan tanganku di saat cinta hadir dan aku mula rasa
erti bahagia

biarkan mimpi indah menghapus air mata
membelai semua lara agar ku bisa tuk melangkah
kenangan yang tersimpan bagai sinar harapan
pengubat kerinduan saat aku kehilangan”          *bluetick*

“Aisya Sofeya Armin Liu? Are you there?”          *bluetick*
*typing........*
*typing........*

“lamanya sayang saya typing. Boleh apply jadi kerani syarikat saya ni. Hahaha!”                              *bluetick*
Dalam tangis Aisya ketawa kecil. Sungguh damai kata-kata Rauf. Sungguh, Rauf pandai mengatur langkah kata, hingga ego perempuannya tunduk runtuh. Rauf tidaklah pandai memujuknya dengan harta benda lagipun dia tidak mengharapkan semua itu. Cuma kelebihan yang ada pada Rauf adalah kata-katanya yang penuh bergaris cinta bunga membuat hati wanita terikat dengan kelelakiannya.

“sayang, I minta maaf okey? I didn’t mean to touch you. I takut sangat apa-apa jadi dekat you hari tu. I tak nak hilang you. Now or even hereafter. Im sorry sayang. Promise i wont let you down”             *bluetick*
J sayang.. I rindu you L “        *message sent*
J I lagi rindu you. Malam ni kita dinner sama-sama okey? I’ll fetch you at home. I da minta izin anga. See you after Isya’ sayang. Love you <3”    *bluetick*


Sememangnya waktu mereka bersama adalah sesudah melangsaikan yang wajib dahulu. Begitu juga Rauf, dia sedar bahawa bersama Tuhan dahulu itu lagi utama. Dan dia juga sedar. Bersama-sama wanita yang ajnabi juga tidak elok, malah boleh menimbulkan fitnah. Dia bertekad untuk melamar Aisya malam ini. Sememangnya keluarga Aisya pasti tidak akan setuju kerana Aisya masih lagi belajar. Dia akan segera memujuk Areez dan Aifaa.  Setidaknya, nikah khitbah pun sudah memadai, agar mereka tidak berdosa jika berdua-duaan. Senyum sendiri memikirkan imaginasi setinggi gunung, memiliki keluarganya sendiri bersama Aisya. Bagi Rauf, dirinya sudah bersedia menggalas tanggungjawab untuk memperisterikan Aisya, dia sudah mempunyai kerja yang tetap. Malah mengendalikan syarikat milik keluarganya sendiri.

*Babak 7*


“Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum penduduk bumi dan selamat pagi kepada semua #TweetOn”       -*tweet sent*

Tidak sampai 5 minit Aisya sudah mendapatkan beratus like dan retweet. Sapaan demi sapaan datang menegur. Ada yang mengenali, dan juga yang hanya kawan di alam sosial. Matanya masih lagi skroll notifikasi twitternya, mencari reply seseorang. Ya, seseorang kawan yang dia telah selesa bercerita. Walaupun hanya di alam maya, namun Aisya tidak menafikan dirinya seperti sudah lama mengenali Nazmi.
“waalaikumsalam. Selamat pagi Aisya Liu”          *tweet received*
“haa. Jumpa pun awak. Hee. Ada kelas tak hari ni?”       *tweet sent*
**Hening**
Aisya berkali-kali menekan button refresh. Tiada reply dari kawannya.” Kenapa dengan dia? Marah aku ke? Aku ada buat salah ke? Haih mana ada, tadi elok saja balas tweet aku. Takkan marah pula”, bisik hatinya. Aisya mengambil langkah berani untuk menghantar mesej peribadi kepada Nazmi.

“Assalamualaikum awak. Awak marah saya ke?”             *message sent*
“waalaikumsalam. Maaf awak saya habis kelas. Tak adalah. Mana ada saya marah awak. Kalutnya awak ni. Hahaha”                *message received*
Menarik nafas lega, Aisya meneruskan rutin hariannya, menghadiri kelas dan aktiviti di kolej nya. Tidak seperti pelajar lain, Aisya lebih gemar untuk sibuk dan aktif sekiranya dia tidak ada kelas wajib. Aisya juga menyertai kelab-kelab dan program di kolejnya untuk mengisi masa dan menambah sedikit sebanyak pengetahuannya. Dirinya tahu badan tidak sekuat insan normal, tetapi semangat yang tinggi yang lahir dari nurani nya menyebabkan Aisya tidak di cop kan sebagai budak lemah.

“Adik, hari ni balik dengan anga. Nanti anga datang jemput pukul 3”, kedengaran Aifaa dihujung talian.
“okey anga”, jawab Aisya ringkas.

**************************************************
“adik, anga nak minta tolong sikit”, Aifaa memulakan bicara, memecah hening dalam kereta Honda Civic dipandunya.
“Tolong apa anga?”, Tanya Aisya.
“Ada sorang model tu, dia kerja dengan anga. Tapi masalahnya dia suka sangat buat masalah. Last minute sedap mulut dia cakap dia tak nak shoot, nak buat outdoor. Anga dah tempah kot tempat tu”, kiasan Aifaa, berharap agar adiknya faham akan niatnya.
“Hahaha! Tu lah anga, suka sangat bagi muka kat pekerja. Tengok, kan sekarang dah naik kepala? So, sekarang macam mana? Tempat tu booking berbayar tak?”
“bayar lah. Sebab tu anga susah hati ni. Nak tak kalau adik........”
“apa pandang adik macam tu? Takkan anga nak adik jadi model? Wooo.. no cik Aifaa no no no”, tolak Aisya sambil menggerakkan jarinya kekiri dan kanan.

“please dik.. sekali saja. Tu pun tak sampai 3 jam”, rayu Aifaa lagi

“Hm, okey lah okey lah. Kali ni aje tau”
“hehehe! Yee sayang kali ni aje”